Bestfriend Forever and Ever


Assalammualaikum Ya Sahabat ana ! amboi ! haha . okay bhaa harini aku mau cerita sama kamu bha tentang bff aku bha. opss sabah mari -__- okay babes. harini aku nak story morry lorry dengan korang about my bff. not BF. hehe. setelah korek mengorek , cari mencari , selongkar menyelongkar gambar dalam handphone and lappy. timbul pula satu idea nak update blog tentang bff. hehe rajin kan aku ? terima kasih *perasan* . banyak sebenarnya gambar aku dengan bff aku nie. kalau nak letak semua memang 10 pages penuh gambar dorang jela. belum tambah lagi dengan cerita aku kan yang tak sampai kesudahnya. hehe. okay saksikanlaaaahhhh ! ehh macam iwan dangdut pula masa dia join dangdut sekarang dah berubah. hehe see now !

-That is Me and Faqihah-
Embedded image permalink 


-Next, That is Faqihah, Ayu and Me-
Embedded image permalink


-Azlina, Me and Ayu-


-Ayu and Me-

-Ayu and Me again-

-Ayu, Faqihah and Azlina-
 
Kecheng Kecheng Kecheng !!! amacam kengkawan aku, Comelkan ? Lawakan? well. ciptaan Allah semua Cantik, Indah dan sempurna kan. so see ? hehehe. Act, majoriti bff aku pengawas. aku dan Izzah je murid biasa. tapi gambar Izzah takde dalam nie sebab dia takde gambar yang pakai baju sekolah macam kitaorang. sorry Izzah. kalau ada aku masukkan ehh :P 

Aku sayang kengkawan aku sangat sangat. sebab ? dorang sangat awesome and gojes. Dorang sekepala dengan aku and senang dibawa untuk jadi kawan. Example like Funny, hyperactive, faham aku and boleh share macam macam cerita . And the important is boleh dipercayai and bukan kawan makan kawan. tapi syukur alhamdulillah kawan aku bukan macamtu. Thanks Ya Allah. Hope our friendship akan bertahan forever and ever. kalau boleh sampai MATI ! sekian


Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Cinta Oh Cinta

Assalammualaikum to muslim and hii to non muslim. 1st sekali aku nak tiup blog nie dulu *fuhhh fuhh fuhh* berhabukk sangat ! setelah sekian lama tak online. arghh kenapa ? busy lah babes. busy dengan apa? Final exam lah apa lagi. then busy itu ini . act takde lah busy sangat sebenarnya . sembang je lebih. hehe. now busy dengan twitter . best pulak twitter sekarang nie. dulu masa 1st time buat twitter kemain lagi memaki , menghina , mencela dan segala men lah. ohh sorry dear twitter :( haha . sekarang aku kurang FB sebab fb is so bored and ramai yang bajet hot. hahh ! entah kenapa lah yang nak dikejarkan dengan hot tu :3

Ehh larik pulak dari topik. okay back to our topic. now aku dah habis exam. so i'm happy !!! eh ehh ehh nanti dulu. SPM kau dah ke ? opsss -__- okay sorry over excited tadi. okay after habis je final exam terus hanging dengan member kononnya dah bebas dari penjara sekolah lah kan. okay kenapa aku pilih tajuk cinta oh cinta ? ehh bukan sebab lagu amalina cinta ohh cinta tu. tapi nie ada kaitan dengan aku. kaitan apa ? lepas 3 hari je habis exam, ada lah pulak no yang jarang sekali aku lihat ada dekat skrin handphone aku. waktu tu pukul 12 setengah malam agaknya. mamat nie call aku then dia cakap "hii nie Mira ke ?" aku dengan kaku nya terus jawab "Yee, nie Mira. awak sape? " mamat tu pun beritahu dia siapa then lepas 5 min berborak aku endcall. lepastu dia mesej, dia nak kenal dengan aku lebih rapat. then dah 3 hari kenal terus couple. haha gelojoh bukan ? do i care ! haha . lepas couple dengan mamat tu, hati aku rasa macam tak tenteram. taktau lah kenapa. then bila bukak je FB mamat tu dah bersayang-sayang dengan girl lain. wtf off that boy ! arghhh menyesal aku couple tanpa selidik ! stupid of me ! STOP to laugh like a evil with me -__-

Dengan pantasnya aku ambil fon then text dia "jangan ingat saya bodoh awak buat saya macam nie. JUJUR dan KESETIAAN itu penting dalam percintaan. let me go before you do me like an idot" dia reply "itu kawan lah" and aku buat taktau je. do i care dia kawan kau ke apa ke ? so moral of the story jangan jadi macam aku GELOJOH NAK COUPLE ! sekian.
Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Olimpik, Dajjal dan Agenda Yahudi

p/s - Firstly sorry kalau gambar2 dalam entri nie kurang jelas / kabur . korang just zoom jela okay ;)
     - korang just letakkan "cursor" korang kat gambar2 nie je .
     - then nanti gambar2 nie akan auto zoom, DONE !

Image

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.


Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini 


Image
Image
Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalammualaikum and Hii guys , fuhhhh fuhhhhh fuhhhh *tiup blog berhabuk* ! sudah hampir sebulan dah aku tak updated blog kan? wahaha busy la derrrrrr :( homework mmg tak henti2 cikgu nie kasi , so what can i do? just do it jela :'( okay back to my topic , hari ini aku nak story morry lorry sikit pasal bulan yg palinggg SPECIAL dalam kalendar Islam, bulan apa ? okay good bulan "Ramadhan" :)
 

actually bulan nie ramai umat Islam tertunggu-tunggu kan kan kan? haha ! okay pejam celik pejam celik kejap je dah nak puasa , pastu raya .. alahaii sekejap sungguh masa berlalu kan tanpa kita sedar , okay cerita aku hari ini ialah tentang "kelebihan bulan ramadhan" :)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

      • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
        • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
        • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
        • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
        • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
        • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
        • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
itu saje nak share2 ngn korang , btw next week je kan bulan puasa ? so get ready yeah buddy dengan amalan2 korang bulan puasa nie :)
Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Andai Nabi Masih Ada

Tadi tengok tv al-hijrah.
Ada satu persoalan di utarakan kepada kita
iaitu Andai Rasullullah masih ada, apa yang kita ingin katakan padanya?

Pelbagai jawapan keluar dari mulut mereka yang di tanya.
Tak semena-mena hati aku sebak.
Sungguh jika Rasullulah masih ada dan aku dapat bertemu dengannya.
Apakah yang aku katakan padanya??
Aku rasa jawapan aku sama dengan salah seorang yang di temuramah itu.
Rasa tak layak bertemu Rasulullah.
Rasa diri terlalu kerdil.

Aku cuba cari klip video yang sama aku tengok tadi.
Tapi tak jumpa.
Namun aku berjumpa dengan yang ini.



Melihat dan mendengar jawapan dari wanita ini hati aku turut sayu.
Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.
 Andai Rasulullah masih ada ( lirik dalam Bahasa Melayu)

      Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
      Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
      Keampunan-Mu,
      dan sifat pemurah-Mu
      dan kebebasan daripada neraka-Mu
      Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia
      Kami mohon pada-Mu
      Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
      Dari sudut hati kami yang paling dalam....


Kalaulah Kekasih-Mu
Masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah.
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran baginda
Jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah
akan di perkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah


Kutebus dirku dengan dirimu,
wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum
Wahai yang di utuskan sebagai
tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...


Wahai Kekasihku, wahai Muhammad
Wahai doktor hatiku
Wahai yang di puji di puja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.



Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

facebook vs twitter

 

Assalammualaikum wbt and hiii to you guys , lama rasanya aku tak updated blog kan ? well , malas pulak rasanya nak updated sbb takde story pon .. okay arini aku nak story sikit la pasai FACEBOOK vs TWITTER !haha menarik tak tajuk tu? okay now ramai teenagers yg ada facebook or nama komersial dya FB and twitter right? ciss femes betul laman sosial tu kan? okay korang ada FB / Twitter ? klau ada lai lai lai follow aku dlu kt twitter , haa nie dyaa - Twitter Aku - dan lai lai lai add aku kt FB , haa nie dya - FB Aku - cehhh promote pulak minah nie ehh ? kihkihkih

okay bebalik pada tajuk aku tadi , klau korang la kan .. korang pilih FB or twitter ?? klau aku FB kot .. sbb twitter apa ada .. bosan jer just tweet dan lain2 .. okay la klau korg katakan bole tweet artis kan? dya retweet kita balik ke? err ! dah berpuluh belas ratus da aku tweet artis tapi nokhaarommm tak reply -..- tau la busy atleast simpati la kt aku nie sikit :'( *mintak simpati kunon* hehehe !

kenapa aku pilih FB ?? *winkwink* sbb dah hampir 3 tahun stgh kot aku dgn FB nie so klau aku tak pilih FB agak mustahil la kan .. hihihi iloveyou more muchhhhhhhhhhhh FB ! hehe ! FB nie bgai kan boypreng kedua aku laa . boypreng pertama?? takyah tahu tak penting . haha ! kt FB gak aku dpt jumpa balik member2 aku yg da lama berpisah :( and bynkkk lagi lerrr !!

that all nak cerita pasai FACEBOOK vs TWITTER !! hehe so pilih la korang mana 1 yg dpt menambat hati korang antara FB or Twitter ;p 

Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

QM 2012 -miss that moment-

Assalammualaikum and hii guys , okay today aku nak share sikit story nie . nak tau tak? hihi okay good .. ingat tak aritu kita ada cuti seminggu skola bln 3 kan ? ingat takkk nie? haha good remind ! pastu ramai la updated status kt FB malas nak g skola esok setelah seminggu bercuti .. haha tapi TIDAK bagi aku , malah tak sabar2 nak pegi pulak tu .. aku bkn nya pegi skola tapi pegi std mini permaisuri , ada apa?? okay aku ngn 4 lagi member aku terpilih utk wakil skola jadi QM . tau tak QM tu apa? alahaiii QM tu short form utk Quarter Master laaa , Quarter Master tu apa?? Quarter Master tu mcm ajk la kt sana tlg buat tu buat nie like a servant ! errr ! tapi dpt duit maaaaaaaa ~ okay kitaorg kt sana seminggu dari 19/3 - 23/3 (isnin-jumaat) lamakan?? haha ! best taw bole mengUshaa oiiiiii ! okay malas berleter panjang , nie ada beberapa pic yg aku upload for a memorial kami bersama :)


searching for me ? hahaha ! carik la kau mana aku ;p


haha ! okay searching2 , mana aku :) okay dari kiri Nor Azlina , Amira Afiqah , Nurul Syafiqah , Adik Izzat , Cikgu Yuhaslinda , Cikgu Siti Firdaus :)

klau nak cerita kan mmg panjanggg la , sbb 5 hari aku kt sana .. so nak di pendekkan cerita , mmg ramai la org yg kita org usha . hahaha ! kau nak ckp kitaorg gatal? pegi meninggal lah ! susah kan ke ? haha jelly lettew tak dpt join . haha sian :D okay yg funny nya , kitaorg sanggup taw carik FB dorg tu walaupun tatau nama .. takpe atleast taw nama skola :D so dpt ringankan ler beban mencari .. hehe ! and thanks to AYU la sbb dya yg carik =..=


 Motif : aku nak tunjuk budak tu je :D
btw sama kan muka aku ngn ayu ? *angkat kening*


Dari kiri Suliza , Rabiatul , Ayu , Aku :)

actually takde la best mana pon pegi sini , yg best nya masa last day !!! arghhh ! best giler wehh !! serious , tak caye ?? tanya Ayu tu , sbb dya ada ngn aku sampai abes last day tu :P masa tu rabia and sue balik awal , then tgl ler aku , ckg 2 org , ayu and azlina .. pastu ckg pulak nak balik .. then kitaorg tgl jela bertiga ! start situ la best nyaa ! haha ! nak cerita panjang ! soo better quiet hanya kami je taw ;p pastu masa balik tu hujan lebat ! and hujan seolah2 taw yg kami nga sedih masa tu :(

then benti kt satu bus stop nie , then terjumpa pulak pen hitam .. hihi tau tak kitaorg buat apa? haha tulis nama jejaka yg kitaorg jumpa kt QM tu ler , sobs sobs sedih siottt !!! :'( tu jela na share2 ngn korg .


seriously best giler , rasa mcm nak je ulang hari tu berpuluh2 kali :'( I miss that memory !

taging name : Ayu , Rabia , Suliza , Azlina



Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

School Holiday is Coming !




Assalammualaikum and hii , myra is here . sudah sekian lama aku tak updated status bukan? hehe bukan apa busy exam maa ! exam apa ? 1st exam bln mac .. pastu lepas exam cuti kan kan kan? haha ! student skola jela yg dpt merasa cuti skola nie .. nie la untung nya jadi student . bhaha ! korang g mana cuti nie? okay stop bnyk da jwpn pegi sana la pegi sini la , taknak tanya aku ?? haha ! okay aku pegi amek buku duduk atas meja buad koje skola , molek dak :D haha sakai , aku takda g mana2 pon ..


Homework belambakk derrrrrrrr !! cuti seminggu homework mcm sebulan jerr ! TENSIONNNN !!! ohh cikgu ! sungguh baik hatimu kerana berikan kami hadiah dicuti sekolah ini :( sumpah aku ckp bosan cuti nie .. untung laa depa yg pi bercuti sana sini , enjoy sana sini , hang sana sini , takpa2 aku dok uma ja :( mama , mummy , ibu , umi , mom , amaa , wuarghhhhhh ! :'( sodih sodih sodih .. aku jeles ampa yg pi bercuti tu .. upload gmbr bebnyk pi sana sini .. aku dok mengusha jaa :(


takpa la , aku tumpang gembira ja :) byebye !
Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Omaigod ! aku terharu gile ! i appreciate it


Hii and hello you guys , arini ada story mory sikit dari myra and tajuk dye "Omaigod ! aku terharu gile ! i appreciate it" .. okay mesti korang t'tanya2 dan berpikir "apa yg kau terharu sangat tu myra ?" kan kan kan ? hoho ! aku terharu sbb ada sorg member aku nie Akema dye ada updated entry kt blog dye pasai aku .. terharuuuuuuuuuuuunya ! yeah maybe korang akan ckp aku jakun or pelik , kan ? kesah pulak aku ? korang hot bole la cter ramai yg buat cenggitu kan kan ? haha nvm nie kesah aku pulakk .. akema mekasehh sangat2 sbb ada jugakk org yg nak updated entry pasai aku nie .. bukan skali , 2 kali kan ? btw i appreciate it baby :') nie updated entry yg pertama dye updated pasai aku . ENTRY PERTAMA , dan yg nie pulak yg baru dye updated hari jumaat hari tu (24/2/2012) ENTRY KEDUA .. mekaseh babes :') *nak nanges nie terharu , sobsobsob* hoho gedik's :/

# apa pon aku sayang kau sangat2 , ketad2 , rapat2 , erat2 , sendat2 ^^
I appreciate it baby , muahh ciked :*


Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Tired , tired and tired !




Hii you guys , lamakan aku tak updated blog nie , hoho ! since arwah nenek aku meninggal aritu :) haa nampak tak gmbr buku menggunung kt atas tu , tak nampak ? alamat nye pendek ler umor hoho joke ! btw arini aku ada story mory sikit pasai "penat" !!!! tau penat ? klau tatau tu pi search ternet and cari perkataan "PENAT" . tapi mustahil la korang tatau kan .. lagi pon sume nye da matcured2 belaka ! haha ! penat ? sume org konfem penah rasa penat kan .. same like me mmg tak bole larik da dgn penat tu :'( pagi pegi skola , ptg buat homework and malam study ! benciiiiiiiiii !! masa online aku terhad bebeno ! mak aku sampai off WiFi :( takpe2 .. peribahasa pon ada ckp "berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian" ewahh ! hahaha ! aku pegang prinsip tu .. kepenatan hanya sementara je kan :) berkorban la sikit demi masa depan tuu , dgn boypreng/girlpreng bole pulokk korg berkorban ehh ! hehe .. next week exam ! mampus ! 1 haprak pon aku tak baca buku .. sebab ??? sebab HOMEWORK aku menggunung ! macam mana nak buat , lain la klau korang nak tolong aku , hish ! haa , nak tlg ke ??? tlg nengok letteww ! eee mencikkkkkkkkk !


Haa ! gambar tu sesuaii sangat dgn tajuk entri aku nie , nak je aku tag nama2 ckg aku yg bagi keje skola belambak tu ! tapi syg nie bukan FB kan yg bole tag mengeTag tu :p hoho ! tapi ada yg ckp "alahaii ckg nak bg kau pandai sbb tu dye kasi HOMEWORK cenggitu" ! hellooooo !!! nak bagi pon beragak laa aku pon ada jugak masa study and rehad :( kejam sungguh cikgu :( apepon aku syg cikgu aku ! sayangggggggggggggggggggggggggg sangat :') SAMPAI MATI AKU SAYANG MEREKA !
btw 1 ja aku mintak .. tlg doakan aku lulus dgn cemerlang ehh dlm exam nanti .. alahaii bukan dlm exam tu jee , cemerlang buat selama2 nya didunia dan diakhirat .. InsyaAllah :')



Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)

Hukum Menyambut Valentine’s Day (Hari Kekasih)


Awas! Jerat Valentine’s Day
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
Sejarah Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat Pertama
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat Ketiga
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat Keempat
Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Kebejatan Acara Valentine’s Day
Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine’s Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam Ada Cara
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Penutup
Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
Credit to : Seri Kasih

Thanks for reading , ILOVEYOU bebeh :)